Dear A. Kadir Jasin Mahather diehard supporter Game change has a different connotation to different people.

Game change has a different connotation to different people.

To my mind in Malysia game change cannot mean change in the government or in the political leaders or in the laws or in the judicial system. Game change in a multiracial country like Malaysia can have only one real meaning: raising the standard of living of the masses.

Presently about 80% of middleclass and rural poor of the 28 million people in Malaysia are living in terrible poverty, with massive unemployment, skyrocketing prices, lack of proper healthcare, education, housing, etc. So game change in Malaysia means abolishing these huge evils, and giving the Indian people a decent life.

Before the Industrial Revolution, which began in Western Europe (firstly in England and then in France) in the mid 18th Century, and then spread all over the world, there were feudal societies everywhere. The feudal methodswere so primitive that very little wealth could be generated by them. Hence only a handful of people like kings and aristocrats could be rich, while the rest of society had to be poor. When the cake is small obviously very few people can eat it.

This situation has drastically changed after the Industrial Revolution. Now a unique situation has arisen in world history, namely, that now nobody need be poor, because the modern methods of production, i.e. modern industry, is so powerful and so big that enough wealth can be generated to meet the basic needs of all, and give everyone in the world a decent life.

This being the new, unique situation in world history it is only natural that the poor people in the world (who are 80% of the world population) are demanding a decent life, and saying that now that they do not have to be poor, why should they be poor?

The 21st Century will therefore be a game changer. It will be characterized by the struggles by peoples all over the world for a better life, and result in creation of societies free of the social evils abovementioned.

It is evident that 80% middleclass in Malaysia are living in dire urban poverty. Game change in Malaysia can therefore have only one meaning: abolishing urban and rural poverty in Malaysia, and giving the masses a decent life. There are no doubt fundamental rights in our Constitution, e.g. right to life, freedom of speech, liberty, equality etc. but these are meaningless to a man who is poor, hungry and unemployed. Therefore it is the duty of all patriotic people to help our country abolish poverty, unemployment, and other social evils. That alone can be regarded as a game change. How this will be done is for the people themselves to find out, using their creativity.

Dalam satu forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di ibu negara baru-baru ini, soalan ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya umum akan datang.

Saya mempengerusikan sesi di mana soalan itu ditanya. Tetapi, akibat kesuntukan masa, ia tidak dijawab.

Mungkin banyak orang dan pihak tidak berani meramalkan sesuatu yang negatif mengenai Barisan Nasional kerana ia berkuasa. Kalau ramalan seperti itu meleset, mereka mungkin mengalami masalah kerana sebagai parti yang berkuasa, BN boleh mengenakan tekanan ke atas mereka.

Tidak meramalkan sesuatu yang positif mengenai Pakatan Rakyat juga akan menimbulkan masalah sekiranya ia berjaya dan menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum nanti. Ia juga boleh mengenakan tindakan ke atas pihak-pihak yang tidak bersimpati dengannya.

Namun, dalam bahasa yang mudah, mana-mana parti pun boleh menang dan menubuhkan kerajaan sekiranya mendapat sokongan sebahagian besar pengundi.

Jadi, soal sama ada Barisan Nasional akan terus berkuasa atau Pakatan Rakyat akan mengambil alih adalah penentuan pengundi.

Memerintah matlamat pilihan raya

Bagi pengundi, pilihan raya adalah cara. Ia bukan matlamat. Matlamat mereka adalah memilih sebuah kerajaan yang, pada pendapat mereka, boleh memerintah dengan baik atau lebih baik daripada yang ada sebelum itu.

Kita sudah melihat bagaimana Barisan Nasional memerintah dan banyak telah dan sedang diperkatakan mengenai kebaikan dan keburukan pemerintahannya. Sedikit sebanyak, kita juga telah melihat bagaimana PR memerintah negeri-negeri yang mereka menangi. Namun, harus disedari iaitu memerintah negeri berbeza daripada memerintah negara.

Saya tidak akan mengatakan yang PR tidak akan menang atau tidak boleh menang. Kalau majoriti pengundi memilihnya, PR akan memang. Yang menjadi tanda tanya ialah sama ada ia boleh memerintah dengan baik dan berkesan.

Memang atau kalah pilihan raya adalah penentuan pengundi, tetapi sama ada pihak yang menang itu boleh memerintah bergantung dan tertakluk kepada banyak perkara.

Soalan sama ada PR boleh memerintah dengan baik dan berkesan kalau ia memang, bergantung kepada sama ada parti-parti komponennya — DAP, PKR dan PAS — boleh mengatasi perbezaan ideologi, dasar dan rancangan mereka yang, buat masa ini, nampak terlalu berbeza.

Soalan sebagai petunjuk

Jawapan kepada soalan berikut boleh menjadi panduan dan petunjuk mengenai permasalahan di atas. Soalnya, siapakah yang layak menjawabnya?

Saya rasa pengundi pun tidak boleh menjawab dengan sahih kerana bukan semua kita tahu dan faham isu-isu yang terbabit dengan mendalam. Antara soalan-soalan itu ialah:

1. Adakah DAP, sebagai parti induk PR kerana mempunyai bilangan kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat sanggup menerima dasar Negara Islam dan Hukum Hudud PAS?

2. Adakah PAS sanggup, secara sahih, menggugurkan idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud demi memenuhi kehendak DAP dan PKR?

3. Adakah PKR yang berdiri di tengah-tengah antara DAP dan PAS cukup berpengaruh untuk memujuk Karpal Singh supaya menerima Negara Islam atau mempengaruhi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya menggugurkan janji Negara Islam dan Hudud?

4. Siapakah antara Nik Abdul Aziz dan Karpal yang lebih arif dan pintar mengenai Perlembagaan dan undang-undang kerana apa yang diidamkan oleh PAS dan ditentang oleh DAP itu membabitkan Perlembagaan?

5. Adakah Anwar Ibrahim sah menjadi Perdana Menteri sekiranya PR memang? dan

6. Apakah dasar ekonomi yang akan PR laksanakan?

Pranonton pemerintahan PR

Di kalangan pemuka kanan PR, Anwar adalah yang paling berpengalaman dalam pemerintahan hasil 16 tahun menjadi putera mahkota Umno dan anak didik (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi Anwar bukanlah seorang yang “detail” atau menyeluruh kepakarannya. Kepandaian beliau ialah berpidato dan menggunakan orang lain bagi membuat kerja atau menjadi “fall guys” kalau berlaku kepincangan.

Walaupun beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pengetahuannya dalam bidang ekonomi tidaklah mengagumkan.

Sekalipun beliau kini menguar-uarkan dasar popular seperti pengurangan cukai, kereta murah dan pendidikan percuma, dasar beliau ketika krisis kewangan 1997/98 berlainan sekali.

Beliau mirip melaksanakan penyelesaian ala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang, antara lain, menaikkan cukai, mengurangkan perbelanjaan awam dan mengimbangi belanjawan. Beliau sangat akrab dengan Pengarah Urusan IMF ketika itu, Michel Camdessus, dan meyakini penyelesaian ikat perut IMF.

Adalah sukar memahami bagaimana Anwar boleh mencapai belanjawan seimbang yang dijanjikan jikalau pada masa yang sama beliau berikrar mengurangkan cukai pemotoran dan memberikan kemudahan asas, seperti air dan elektrik, percuma kepada pengguna?

Sebagai ahli politik arus perdana, acuan Anwar adalah acuan Umno. Sampai hari ini pun beliau masih mempamerkan perwatakan Umno. Yang berbeza hanyalah lambang, cogan kata dan mantera.

Kalau boleh saya sebut contoh mudah dan semasa (current) sebagai pranonton atau trailer kepada apa yang mungkin berlaku sekiranya PR menubuhkan kerajaan dan Anwar menjadi Perdana Menteri ialah kisah beliau dan pemuka PR menggunakan jet persendirian (private jet) yang khabarnya dipinjamkan oleh seorang “kawan” untuk menjelajah Sarawak/Sabah baru-baru ini.

Selera dan gaya Anwar adalah selera orang kaya baru yang diajarkan kepada beliau oleh “corruptors” yang mengelilingi beliau ketika beliau di puncak kuasa. Para “corruptors” ini masih ada. Malah bilangan mereka mungkin bertambah kerana yakin Anwar akan menang pada PRU nanti.

Namun begitu, kita kena akui bahawa bukan Anwar seorang saja yang berkuasa dan yang menentukan hala tuju PR. Tidak kurang berpengaruh dan berkuasa adalah watak-watak seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh, Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang. Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s